PUFF COKLAT SEGERA YUMMMYYY...
DURIAN BELANDA BLENDED
Penulis: Jamaliah Jais
Foto: MyIpad & Google
Assalamualaikum,
Hari ini cerita pasal durian belanda yang saya bawa pulang dari kampung. Korang semua kenal tak dengan durian belanda? Tak kenal? isyhhh...durian? of cos kenal bukan. Ok. Ini serba sedikit info tentang durian belanda.
Durian belanda atau nama Englishnya Soursop berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan dan kini ia telah ditanam di Asia Tenggara termasuk negara kita Malaysia. Buahnya mempunyai duri yang lembut, tidak berbau tetapi memiliki isi yang banyak dan berbiji. Nak tau macam mana rupa buah? Tu dia...
SNOW CHEESE CAKE
Penulis: Jamaliah Jais
Foto: Sendiri Amik
Assalamualaikum semua,
Hari ini saya nak bercerita tentang keju. Kenapa keju? Ini disebabkan dalam peti ais di rumah sangat penuh dengan keju. Ini semua gara-gara penangan kek snow cheese cake. Alhamdulillah, pertama kali mencuba kek ini, ramai pula yang mengemarinya. Terima kasih kepada majalah RASA kerana berkongsi resipi yang ringkas ini sekali gus memberi peluang kepada saya untuk menerima tempahan daripada rakan-rakan. Oleh itu, untuk anda semua, saya kongsikan resipi yang mudah ini.
SNOW CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN:
Satu cawan tepung gandum
Satu cawan gula caster
Setengah cawan tepung jagung
Satu sudu esen vanila
Satu sudu teh serbuk penaik
Dua sudu besar ovellet
6 biji telur gred B (dua biji hanya ambil kuningnya sahaja)
Setengah cawan minyak jagung
50ml air sejuk (yg disimpan di dalam peti ais)
CARA MEMBUATNYA:
1. Satukan kesemua bahan tadi kecuali minyak. Pastikan semua bahan sebati, gebu dan apabila di angkat tidak jatuh.
2. Setelah adunan tadi betul2 gebu dan putih, masukkan minyak dan gaul rata. (guna spatula sahaja pun boleh)
3. Sementara itu panaskan dahulu oven.
4. Masukkan adunan tadi ke dalam bekas berukuran 8 inci. Bakar di dalam ketuhar selama 1 jam pada sulu 170 darjah Celsius. (bergantung kepada oven masing2 ye)
BAHAN UNTUK KRIM:
250gm krim keju Philadelphia
Dua sudu Whipping Cream atau 2 sudu makan susu segar
Setengah tin susu pekat manis
Sebiji lemon
Cara membuatnya:
Mudah sahaja. Campurkan ke semua bahan ini dan pastikan ia sebati serta lembut.
HIASAN: Keju Cheddar yang diparut
*Setelah kek ini masak, sapukan krim keju di atas kek tadi. Kemudian, taburkan parutan keju tadi mengikut kesukaan anda.
Selamat mencuba ye kengkawan. Berikut adalah gambar2 kek yang telah saya buat dan tempahan dari rakan-rakan...
klik klik klik...
Sekian...
CHEESE CAKE CRACKERS
Coretan: Lieya Jais
Foto: Google dan saya sendiri
Assalamualaikum...
Nampak tajuk kat atas tu tak? Cheeseeeeeeeee..oh cheeeseee...kerana cheese inilah hilang diet saya (cheh..walhal dia yg tak reti jaga makan). Bagaimanakah virus Cheese ini melanda dalam diri saya? jom baca kat sini...
Semuanya bermula apabila wartawan MW Mieza telah membawa pulang kek ini dari Sarawak. Setelah mencuba kek tersebut, memang terus falling in love. Tak cukup satu potong saya minta lagi. Ermmm...memang tak boleh berhenti. Tapi nikmat saya makan itu terhenti apabila diberitahu yang kek tersebut hanya terdapat di Sarawak sahaja dan bahan utamanya iaitu biskut salt cheese tu juga hanya ada di sana. WHAT???...Otak mula berfikir2, manakala tangan pula menggodek2 internet mencari resipi. Sedang kecoh2 menikmati kek tersebut, fasya fazida memberitahu wartawannya Shahiema telah membeli biskut tersebut dari Sarawak dan dia telah menunjukkan biskut tersebut kepada saya.
![]() |
| Inilah ruper biskut yg sedap tu...Foto sumber: Google |
Oh, tidak semestinya biskut ini yang perlu diletakkan, biskut lain pun boleh tapi rasanya lain sikit la. So saya tukar dengan biskut ini.
![]() |
| Cheese mini crackers Sumber foto: Google |
Saya mula mencari resipi dan bahan2. Terima kasih kepada tuan empunya resipi iaitu http://skybluemelleymey.blogspot.com/. Mudah sahaja kengkawan nak membuatnya...meh tgk resipinya di sininya...
Selamat mencuba ye kengkawan. Setelah saya membuatnya, ada juga rakan-rakan yang telah menempah kek ini. Alhamdulillah. Inilah kek yang saya hasilkan...klik klik...
![]() |
| Inilah hasil cubaan pertama saya... |
| Tempahan drpd Kak Eizan Ariffin |
| Sempena open house rumahku... |
| Yang ini pula untuk jualan...tabuaran coklat di atasnya sgt mengiurkan... |
-END- @lieya Jais
Makan-makan di Maidah Cuisine
Coretan: Lieya Jais
Alhamdulillah, semalam meeting berlangsung dengan jayanya. Insya-Allah semua aktiviti yang dirancang akan berjalan pada tarikh yang ditetapkan. Nak tahu apa aktivitinya, kenalah tungguuu. (rahsia la sangat!). Rezeki kami juga murah semalam sebab dapat menjamu selera di Restoran Maidah Cuisine yang terletak di Putra Height, Subang Jaya.
![]() |
| kredit gambar: google |
Uniknya nama Maidah ini diambil daripada al-Qurah iaitu Surah Al-Maidah yang bermaksud hidangan. Restoran ini sekali imbas kelihatan seperti Secret Recipe, dengan paparan gambar makanan yang besar sudah pasti ia membuatkan kita teruja untuk mencuba makanannya. Ada western, asia, dan macam-macam lagilah. Sempat juga berkenalan dengan Chef di sini iaitu Chef Naqiuddin atau nama glamernya Chef Naq. Chef turut bercerita serba sedikit tentang menu di sini dan konsep yang istimewa ialah 'Maidah Grab N Go'. Maidah Grab n Go ini sesuai untuk wanita-wanita bekerja dan tidak sempat memasak, beli dan terus bawak balik rumah tanpa perlu menunggu lama. Menunya pula sentiasa berubah-ubah. Cara nak tahu promosi ini dijalankan? Anda hanya perlu LIKE FB http://facebook.com/MaidahCuisine. Mereka akan umumkan melalui Facebook. Jadi, siapa cepat dia yang dapat! lambat...gigit jarilah. Khabarnya Fresh Bakes Lasagna Chef Naq sangat sedap! Kena tunggu dan cuba ni...
![]() |
| Inilah rupa Fresh Bakes Lasagna yang dikatakan sedap tu... Kredit gambar: FB Maidah Cuisine |
Ermm..perut pun dah lapar, Saya, Roza dan Aza terus memesan special dish kat sini iaitu Char Kuey Teow, Roasted Chicken Morocco dan Nasi Goreng Maidah. Air biasa-biasa saja. So kalau nak tahu keistimewaan tempat ini boleh juga layari http://maidah-cuisine.com. Kami dah lapar..jom tengok gambar makanan yang sempat saya rakamkan ini..klik..klik...
| Signature Cake Chef Naq: Peanut Butter & Chocolate Bar |
| Nasi goreng Maidah |
| Roasted Chicken Morocc |
-END-
REHAT MINDA DI LEMBAH TEMIR
Penulis: Lieya Jais
Assalamualaikum semua...
Pada 22 September 2013 saya mendapat pengalaman baru. Pergi ke sebuah lembah yang dikhabarkan memiliki sebuah air terjun yang sangat cantik. Kalau tidak kerana Kelab Kereta Alfa Romeo Malaysia (AROCM), saya dan keluarga belum tentu sampai ke sini. Setelah diberitahu oleh suami yang kami sekeluarga akan pergi ke sebuah lokasi percutian, saya teruja ingin mengetahui lokasi dan keistimewaan tempat tersebut. Setelah membaca blog dan facebook berkenaan tempat ini, saya bertambah seronok kerana di sana ada DURIAN MUSANG KING dan AIR TERJUN...weehuuu...nak tahu lebih lanjut tentang lokasi ini bolehlah pergi ke sini https://www.facebook.com/temirvalleymalaysia
Jam 9.00 pagi kami bergerak dari check point iaitu dari Cinta Mall, Kelana Jaya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 setengah jam ke sana. Sepanjang perjalanan menuju ke sana, panorama yang dapat anda lihat ialah kebun getah dan kelapa sawit. Jalan untuk memasuki kawasan lembah itu sangat mencabar, apatah lagi dengan menaiki sebuah Alfa Romeo 155, banyak lopak yang perlu dielak. Perlu berhati-hati jika berselisih kereta, menelusuri jambatan dan sebagainya barulah anda tiba ke destinasi.
![]() |
| Konvoi kereta beratur tunggu turn..yang itam tu kete laki teman...kredit gambar to: Amireza Mohd Khalid |
Lokasi yang jauh daripada hiruk pikuk kota memang mendamaikan. Kami di sambut oleh pemilik resort dan menikmati keindahan tempat tersebut. Namun agak menyedihkan kerana ketika kami ke sana, kerja-kerja renovation sedang dilakukan. Menurut pemiliknya, resort ini akan berwajah baru selepas hari raya haji. Kawasan ini sangat luas dan saya sekadar mampu pergi ke kawasan air terjun. Maklumlah, bawa Jehan yang masih kecil, risau juga mahu berjalan-jalan ke dalam hutan. Dan malang juga kerana musim durian dah habis...uhukkk...tak merasa la musang king Raub..huhuhu
![]() |
| Dah sampai...Kredit gambar to: Amireza Mohd Khalid |
Keletihan saya hilang tatkala menatap air terjun yang ada di sana. Memang cantik, airnya bersih, dan tidak tercemar. Johan dan suami saya terus menukar baju dan mandi. Saya pula, naluri nak mandi tu ada, tetapi memandangkan ramai lelaki2 jadi saya batalkan niat tersebut dan hanya menjadi pemerhati sambil menikmati keindahan alam. Amat mendamaikan. Mendengar pancuran air terjun, kicauan burung, hilang segala penat lelah. Ohhh...seronoknya kalau hari-hari begini...(berangan je la..karang tak berasap dapur..sekadar angan-angan)
| View air terjun dari bawah..nice! |
| Aliran air terjun ke bawah.... |
| Salah satu chalet yang ada di sini...amacam ada beran? |
Setelah puas mandi-manda, rombongan kami dihidangkan dengan jamuan makan tengahari yang enak sekali. Dua kali tambah, hilang diet! Ahli-ahli konvoi duduk berkumpul dan berbual-bual perihal kereta, saya seperti biasa, main kejar-kejar dengan Jehan yang asyik berjalan saja..(letih main kejar-kejar ngan kecik ini). Bukan apa, tempat masih renovate, banyak simen dan paku2 berselerakan, kalau jatuh dan luka, susah pula. Jauh nak bawa ke klinik. Lebih kurang jam 3. 00 petang, kami semua bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Sampai sahaja di Bentong, ahli konvoi berpisah dan membawa haluan masing-masing. Jadi, sesiapa yang suka suasana hutan dan santai, boleh la ke sini. Boleh tidur di sini kerana ada chalet disediakan. Chalet pun sebelah air terjun saja. Pasti seronok apabila malam anda di temani dengan bunyi pancuran air terjun...Jom lihat beberapa keping gambar yang sempat saya snap...klik..klik...
![]() |
| Sebelum ke Lembah Temir, sempat lagi husband membeli buah nangka madu...banyak di tepi jalan sepanjang ke Raub. |
![]() |
| Inilah rupa nangka madu...manis sgt! |
![]() |
| Time nilah nak manja dengan dd ye Jehan... |
![]() |
| Rupanya boleh mandi di sini...ingat kolam ikan...huhuhu |
![]() |
| Air terjun dari atas akan mengalir ke kolam ini.. |
| Bila tiga beranak bermandi-manda... |
| Boleh tahan sejuk di kecik tu ye... |
| Happy Family..Insya-Allah... |
![]() |
| Berlatar belakang air terjun..abaikan muka saya yang keletihan..huhu |
| Dapat main-main sikit pun jadik la... |
_END_

































