This is a copyrighted blog by Lieya Jais. Powered by Blogger.
RSS

CHEESE CAKE CRACKERS

Coretan: Lieya Jais
Foto: Google dan saya sendiri

Assalamualaikum...

Nampak tajuk kat atas tu tak? Cheeseeeeeeeee..oh cheeeseee...kerana cheese inilah hilang diet saya (cheh..walhal dia yg tak reti jaga makan). Bagaimanakah virus Cheese ini melanda dalam diri saya? jom baca kat sini...

Semuanya bermula apabila wartawan MW Mieza telah membawa pulang kek ini dari Sarawak. Setelah mencuba kek tersebut, memang terus falling in love. Tak cukup satu potong saya minta lagi. Ermmm...memang tak boleh berhenti. Tapi nikmat saya makan itu terhenti apabila diberitahu yang kek tersebut hanya terdapat di Sarawak sahaja dan bahan utamanya iaitu biskut salt cheese tu juga hanya ada di sana. WHAT???...Otak mula berfikir2, manakala tangan pula menggodek2 internet mencari resipi. Sedang kecoh2 menikmati kek tersebut, fasya fazida memberitahu wartawannya Shahiema telah membeli biskut tersebut dari Sarawak dan dia telah menunjukkan biskut tersebut kepada saya.

Inilah ruper biskut yg sedap tu...Foto sumber: Google


Oh, tidak semestinya biskut ini yang perlu diletakkan, biskut lain pun boleh tapi rasanya lain sikit la. So saya tukar dengan biskut ini.
Cheese mini crackers      Sumber foto: Google

Saya mula mencari resipi dan bahan2. Terima kasih kepada tuan empunya resipi iaitu http://skybluemelleymey.blogspot.com/. Mudah sahaja kengkawan nak membuatnya...meh tgk resipinya di sininya...

Kek Cream Cheese Cracker
Bahan-bahan:
125 gm mentega 250 gm cream cheese 1 cawan gula aising 170 gm Nestle cream ( 1 tin kecil )@ cooking cream (sy tukar kepada cooking cream) sebiji lemon
2 bungkus biskut cheese crakers Jenama Hwa Tai : ikut bentuk loyang kalau kecil kurangkan biskut..kalau besar banyak la biskutnya... 1 cawan susu segar atau susu jenis lain
Cara-cara membuatnya: 
1.Pukul gula aising dan mentega sehingga kembang dan gebu.
2.Masukkan cream cheese dan pukul lagi sehingga ringan dan gebu.
3. Masukkan cooking cream dan pukul lagi sebati. Ketepikan.
4.Panaskan susu segar sekejap dan padamkan api. Ambil sekeping cheese crackers dan celup sekejap ke dalam susu segar suam-suam panas tadi. Dan susun di dalam bekas. Buat begini pada keseluruhan permukaan bekas / loyang yang telah d alas dengan kertas minyak / aluminium foil / plastik ). 5. Setelah itu, lapis permukaan biskut dengan adunan cream cheese tadi dan ratakan.
6. Ulangi proses No.4 dan No.5.. Untuk ketebalan adunan cream cheese dan seberapa banyak lapisan biskut yang dibuat, terpulanglah kepada citarasa masing-masing. Pastikan adunan cream cheese merupakan lapisan terakhir.
7. Akhir sekali taburkan dengan serbuk biskut yang telah di kisar atau diramas-ramas dan ditapis atau apa sahaja hiasan yang anda suka, coklat, strawberi, dan sebagainya. Ikut kesukaan anda. Sebelum kek dimasukkan ke dalam peti sejuk tutup adunan kek dengan aluminium foil supaya air tidak masuk ke dlm adunan tersebut. simpan selama 6 jam atau semalaman.

Selamat mencuba ye kengkawan. Setelah saya membuatnya, ada juga rakan-rakan yang telah menempah kek ini. Alhamdulillah. Inilah kek yang saya hasilkan...klik klik...

Inilah hasil cubaan pertama saya...
Tempahan drpd Kak Eizan Ariffin 


Sempena open house rumahku...
Yang ini pula untuk jualan...tabuaran coklat di atasnya sgt mengiurkan...

-END- @lieya Jais

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Siti Zurina Mat Saman said...

Cooking cream tu ap

Post a Comment