This is a copyrighted blog by Lieya Jais. Powered by Blogger.
RSS

REHAT MINDA DI LEMBAH TEMIR

Penulis: Lieya Jais

Assalamualaikum semua...

Pada 22 September 2013 saya mendapat pengalaman baru. Pergi ke sebuah lembah yang dikhabarkan memiliki sebuah air terjun yang sangat cantik. Kalau tidak kerana Kelab Kereta Alfa Romeo Malaysia (AROCM), saya dan keluarga belum tentu sampai ke sini. Setelah diberitahu oleh suami yang kami sekeluarga akan pergi ke sebuah lokasi percutian, saya teruja ingin mengetahui lokasi dan keistimewaan tempat tersebut. Setelah membaca blog dan facebook berkenaan tempat ini, saya bertambah seronok kerana di sana ada DURIAN MUSANG KING dan AIR TERJUN...weehuuu...nak tahu lebih lanjut tentang lokasi ini bolehlah pergi ke sini https://www.facebook.com/temirvalleymalaysia‎

Jam 9.00 pagi kami bergerak dari check point iaitu dari Cinta Mall, Kelana Jaya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 setengah jam ke sana. Sepanjang perjalanan menuju ke sana, panorama yang dapat anda lihat ialah kebun getah dan kelapa sawit. Jalan untuk memasuki kawasan lembah itu sangat mencabar, apatah lagi dengan menaiki sebuah Alfa Romeo 155, banyak lopak yang perlu dielak. Perlu berhati-hati jika berselisih kereta, menelusuri jambatan dan sebagainya barulah anda tiba ke destinasi.

Konvoi kereta beratur tunggu turn..yang itam tu kete laki teman...kredit gambar to: Amireza Mohd Khalid

Lokasi yang jauh daripada hiruk pikuk kota memang mendamaikan. Kami di sambut oleh pemilik resort dan menikmati keindahan tempat tersebut. Namun agak menyedihkan kerana ketika kami ke sana, kerja-kerja renovation sedang dilakukan. Menurut pemiliknya,  resort ini akan berwajah baru selepas hari raya haji. Kawasan ini sangat luas dan saya sekadar mampu pergi ke kawasan air terjun. Maklumlah, bawa Jehan yang masih kecil, risau juga mahu berjalan-jalan ke dalam hutan. Dan malang juga kerana musim durian dah habis...uhukkk...tak merasa la musang king Raub..huhuhu

Dah sampai...Kredit gambar to: Amireza Mohd Khalid

Keletihan saya hilang tatkala menatap air terjun yang ada di sana. Memang cantik, airnya bersih, dan tidak tercemar. Johan dan suami saya terus menukar baju dan mandi. Saya pula, naluri nak mandi tu ada, tetapi memandangkan ramai lelaki2 jadi saya batalkan niat tersebut dan hanya menjadi pemerhati sambil menikmati keindahan alam. Amat mendamaikan. Mendengar pancuran air terjun, kicauan burung, hilang segala penat lelah. Ohhh...seronoknya kalau hari-hari begini...(berangan je la..karang tak berasap dapur..sekadar angan-angan)

View air terjun dari bawah..nice!



Aliran air terjun ke bawah....
Salah satu chalet yang ada di sini...amacam ada beran?

Setelah puas mandi-manda, rombongan kami dihidangkan dengan jamuan makan tengahari yang enak sekali. Dua kali tambah, hilang diet! Ahli-ahli konvoi duduk berkumpul dan berbual-bual perihal kereta, saya seperti biasa, main kejar-kejar dengan Jehan yang asyik berjalan saja..(letih main kejar-kejar ngan kecik ini). Bukan apa, tempat masih renovate, banyak simen dan paku2 berselerakan, kalau jatuh dan luka, susah pula. Jauh nak bawa ke klinik. Lebih kurang jam 3. 00 petang, kami semua bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Sampai sahaja di Bentong, ahli konvoi berpisah dan membawa haluan masing-masing. Jadi, sesiapa yang suka suasana hutan dan santai, boleh la ke sini. Boleh tidur di sini kerana ada chalet disediakan. Chalet pun sebelah air terjun saja. Pasti seronok apabila malam anda di temani dengan bunyi pancuran air terjun...Jom lihat beberapa keping gambar yang sempat saya snap...klik..klik...

Sebelum ke Lembah Temir, sempat lagi husband membeli buah nangka madu...banyak di tepi jalan sepanjang ke Raub.
Inilah rupa nangka madu...manis sgt!


Time nilah nak manja dengan dd ye Jehan...


Rupanya boleh mandi di sini...ingat kolam ikan...huhuhu

Air terjun dari atas akan mengalir ke kolam ini..

Bila tiga beranak bermandi-manda...

Boleh tahan sejuk di kecik tu ye...

Happy Family..Insya-Allah...

Berlatar belakang air terjun..abaikan muka saya yang keletihan..huhu
Dapat main-main sikit pun jadik la...


_END_




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KATA-KATA HARI INI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Birthday to me

HAPPY BIRTHDAY TO U..EHH...TO ME

Alhamdulillah...hari ini hari istimewa buat diriku. KepadaMU Allah, aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Kuatkanlah imanku, murahkanlah rezekiku, jadikanlah aku Muslimah yang sejati, isteri yang solehah dan ibu yang mithali. Terima kasih kerana memberikan aku insan-insan yang penyayang dan baik hati disekelilingku. Kau berkatilah mereka dan semoga mereka semua berada di dalam lindunganMU.

Terima kasih buat mak dan abah kerana melahirkan aku di dunia ini. Memberi tunjuk ajar, didikan, kasih sayang dan sebagainya. Kasih sayangmu tidak berbelah bagi buat diriku. Insya-Allah! Saya akan cuba membahagiakan dan memberikan kasih sayang sebagaimana yang mak dan abah berikan kepada saya. Sayang mak dan abah.

Buat suamiku, terima kasih kerana menerima diri ini seadanya. Walaupun banyak kekurangan dalam diri ini, B sentiasa bersabar dan melayan karenahku. Kasih sayang b sangat ayg hargai...terima kasih di atas segala-galanya. Your chocolate & ballon landing safely to my desk this morning. So cute sayang!...love u..



Kepada rakan-rakanku especially di FB. Disebabkan kecanggihan teknologi sekarang, anda semua ingat tarikh hari jadi saya. So terima kasih di atas ucapan dan doa kalian semua. Hanya Allah yang sudi membalas dan memberi rahmat kepada anda. Love u oll's. 

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA...SAYA SAYANG ANDA SEMUA...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RESIPI BUTTER PRAWN

BUTTER PRAWN

Halu...semalam semangat nak buat butter prawn. Inilah hasilnya. First trial boleh la kot untuk orang yang tidak pernah mencuba. Cuma juraian telur tu mungkin tak berapa nak jadi sangat kot. Takpe...don't give up! nanti cuba lagi...

RESIPI BUTTER PRAWN

FLOSS TELUR
3 biji telur
Satu senduk minyak
Sedikit butter/marjerin

CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan minyak dan marjerin. Gunakan api kuat dan pastikan minyak panas. Gunakan senduk bulat untuk menghuraikan telur tersebut. 
2. Setelah minyak panas, pusingkan minyak menggunakan senduk bulat. Pusing sekata dan laju2 mengikut putaran jam. Hati-hati jangan terkena minyak panas pula!
3. Sambil minyak dipusing laju2, masukkan bancuhan telur tadi. Untuk mendapatkan floss yang cantik dan halus, tuang tinggi sedikit bancuhan telur tadi supaya ia halus. Kalau tak tinggi, jadi macam kat atas tu la...hehehe
4. Setelah kekuningan, angkat dan tapis. Siap.

BAHAN-BAHAN UDANG
15 ekor udang (terpulang kepada anda)
Sedikit garam, lada sulah, black pepper (terpulang..sesedap rasa anda untuk letak)
Minyak untuk menggoreng

3 ulas bawang putih
Sedikit butter
3 @ 4 cili padi ( Terpulang. Suka pedas letak, tak suka tak mo)
6 tangkai daun kari
1/4 susu cair @ cream
Sedikit lada hitam atau lada sulah

CARA MEMBUATNYA:
1. Gaulkan udang bersama garam dan lada sulah. Goreng sekejap sehingga kuning sedikit. Angkat dan tos. Keluarkan minyak tersebut, jangan guna minyak yang sama.
2. Panaskan butter di dalam kuali. Masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari. Goreng sehingga ia naik bau. 
3. Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Gaulkan udang ke dalamnya dan angkat setelah udang tadi masak. Masukkan ke dalam floss yang telah dibuat tadi. Tara..senang saja kan? 

SELAMAT MENCUBA...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RESIPI TERUNG DAGING BERKEJU

Hari ini dah masuk ramadan yang ke-8. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk melakukan ibadat pose ini dengan jayanya. Okelah, hari ni nak bercerita tentang menu berbuka semalam. Simple & Easy. Menunya ialah sup tauhu, ayam goreng (request dari bos Johan), sambal kupang ADABI (kena letak brand sebab buka, panaskan, siap..heheh), dan terung daging berkeju. Mana dapat idea buat terung daging berkeju tu? Hah..korang kenalah rajin nengok channel Food Network Channel..macam2 ada..hehehe...nak resipi..amik ler...amik ler..

TERUNG DAGING BERKEJU

Bahan-bahan:
3 biji terung bulat
200 gm daging/ayam kisar (bergantung kepada kebesaran terung atau banyak mana anda nak letak di atas terung)
Cheddar Cheese ( ini pun sama...bergantung banyak mana anda nak letak di atas terung)
Sedikit garam dan lada hitam

Cara membuatnya:
1. Tumiskan daging dengan garam dan lada hitam. Goreng sehingga ia masak. Angkat.
2. Potong terung kepada empat bahagian.
3. Susun di atas pemanggang atau dulang. Letak sedikit daging di atas terung dan kemudian taburkan cheese.     Buat sehingga semua bahan tadi habis.
4. Kemudian masak di atas api sehingga keju cair dan terung masak.

Untuk memasak menu ini saya menggunakan pemanggang ajaib! Tapi kalau nak masak dalam oven pun boleh. Tak ada masalah...ikut barangan yang ada di rumah anda.

Selamat menjamu selera...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEMBALI BERSIARAN

Assalamualaikum... Fuhhh...lamanya tak bersiaran. Bersawang dah blog ni..hehehe..maklumlah selepas berkahwin, kebizian tahap melampau.

Hari ini aku nak share cerita tentang Jehan Jazly. Pada 15 Jun 2013 yang lepas, dia telah pun selamat menjalani minor operation untuk Bronchial Sinus. Malam 14hb, Jehan kena puasa. Tapi ibu dia buat silap, kunci jam 1 pagi untuk last susukan dia tapi kol 4.30 pagi baru terjaga. Auchh..rasa bersalah sangat sebab kol 5, Jehan menangis nak susu. Terpaksalah pujuk dia supaya tidur balik tanpa minum susu, Maafkan ibu ye Jehan. Alhamdulillah Allah permudahkan, Jehan tidur balik dengan lena. Jam 6.45 pagi siap2 dan jam 7.30pg dah terpacak kat KPJ Selangor, Shah Alam. Setelah proses pendaftaran selesai, jam 9.00 pagi kami terus naik ke bilik surgery day. Time ni, jantung ibu dia tak tentu arah. Jehan plak boleh jalan pusing2 keliling bilik. Oh anak! relaks je ko ye...heheh. Hati ibu dia sayu terus bila temankan dia masuk ke bilik operate. Bila dipasang wayar sana sini dan baring, barulah dia menangis kuat. Kalau tak, buat muka steady jer. Mungkin dia tahu, dia akan menjalani satu perkara penting di dalam hidupnya. Bila gas dah ditekup ke mulutnya, dia menangis. Lama-lama mata dia pun layu dan terus lelap. Aku diminta keluar dan menunggu di luar. Time tu aku plak yang menangis. Operation tu tak lama, dalam setengah jam je. Then, nurse bgtau yang Jehan dah sedar dan menangis. Aku masuk dan terus mengambil dia daripada kendongan misi. Jehan time tu mamai-mamai, aku peluk dan dia terus lena tidurnya. Dalam kol 11.30 pagi aku kejutkan dan susukan dia. Bila susu ok dan tak muntah, maknanya dia dah boleh discharge! Hoyeeee... Alhamdulillah..Jehan skrg dah makin sihat, kuat merajuk dan macam-macam ragam la. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memberi info tentang penyakit ini dan sokongan moral daripada anda semua. Specially thanks to Dato' Doktor Zakaria, surgeon pediatric, KPJ Shah Alam yang telah melakukan pembedahan ke atas Jehan. 


Nak tahu apa yang dimaksudkan dengan Bronchial Sinus? Ini sedikit informasinya...

Q. My son has a hole in his neck whose size is about a needle point. Mucus with a sticky substance comes out which I usually clean with cotton. The age of my son is 3+ months. Please tell me what is this, will it be life-long and what is the remedy? A. From what you describe, this appears to be a bronchial sinus. These are small openings usually on one side of the centre. They discharge whitish fluid off and on. These are birth defects. The only remedy is to remove them by an operation. The operation is done under general anaesthesia, and is a relatively safe procedure. 

Baca dan translate sendiri la ye...heheheh...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ANUGERAH TERINDAH

Nukilan: Leiya Jais

Late post!

Alhamdulillah tanggal 28 Februari 2012, lahirlah permata hati yang ditunggu-tunggu. Selama sembilan membawanya ke sana ke mari, akhirnya Allah memudahkan urusan untuk bayi ini melihat dunia. Jam 9.00 pagi, lahirlah bayi lelaki yang dikeluarkan melalui pembedahan. Kenapa kena bedah? Itulah rancangan Allah kepada saya. Last check-up sehari sebelum tu, doktor menyatakan kebarangkalian untuk saya normal amat tipis. Disebabkan saya bersalin di hospital swasta, buatlah pilihan sama ada ingin normal atau pembedahan. Jadi, saya memilih untuk pembedahan dan memilih tarikh 28 Februari walaupun ada 29hb...nanti tak pasal-pasal 4 tahun sekali anak saya sambut besday...

Suami menemankan saya di dalam bilik pembedahan, walaupun pada mulanya dia tidak mahu, saya paksa juga. Hahah..cuak muka kena masuk bilik bedah. Saya yang dibius separuh badan ini, rasa lebih tenang dan bersedia. (chewahhh..sebenarnya takut gakk...). Dengar saja tangisan bayi saya, kami berpandangan dan mengucapkan syukur. Seperti yang dijangka, ia it's a boy! Tetapi kegembiraan kami sentap seketika apabila doktor terkejut. Haaaa...ada hikmah sebenarnya apabila saya memilih pembedahan. Selama sembilan bulan saya mengandung, scan setiap bulan, tidak ada tanda-tanda yang mengatakan saya mempunyai fibroid. Setelah bayi saya dikeluarkan, doktor secara tiba-tiba kata saya mempunyai fibroid sebesar 4cm. Saya dan suami agak terkejut dan doktor juga cakap tak sangka ada fibroid di dalam perut. Doktor menyarankan agar fibroid tersebut dibuang terus kerana jika tidak saya akan dibedah juga kemudian hari. Kami setuju saja dengan saranan doktor. Tadah perut aje la time tu. Selepas semuanya selesai, saya lena agak lama mungkin kerana ubat bius tersebut. Alegik bius juga aku ni...muka rasa gatal-gatal selepas itu..huhuhu...

Inilah rupa fibroid di dalam perut saya...Tukang amik gambar: Doktor bius

Selepas dibuang...

Walau apa pun, alhamdulillah semuanya selamat. Bayi sihat dan saya pun sihat. Tak sangka, saya mengandung kembar rupanya..hahahah...baby dan fibroid! Satu pengalaman yang luar biasa. Jom lihat gambar bayi kacukan jawa cina ini...klik klik...

Muka cinakan? bam bam lak tu...


Welcome my boy...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS