Assalamualaikum... Fuhhh...lamanya tak bersiaran. Bersawang dah blog ni..hehehe..maklumlah selepas berkahwin, kebizian tahap melampau.
Hari ini aku nak share cerita tentang Jehan Jazly. Pada 15 Jun 2013 yang lepas, dia telah pun selamat menjalani minor operation untuk Bronchial Sinus. Malam 14hb, Jehan kena puasa. Tapi ibu dia buat silap, kunci jam 1 pagi untuk last susukan dia tapi kol 4.30 pagi baru terjaga. Auchh..rasa bersalah sangat sebab kol 5, Jehan menangis nak susu. Terpaksalah pujuk dia supaya tidur balik tanpa minum susu, Maafkan ibu ye Jehan. Alhamdulillah Allah permudahkan, Jehan tidur balik dengan lena. Jam 6.45 pagi siap2 dan jam 7.30pg dah terpacak kat KPJ Selangor, Shah Alam. Setelah proses pendaftaran selesai, jam 9.00 pagi kami terus naik ke bilik surgery day. Time ni, jantung ibu dia tak tentu arah. Jehan plak boleh jalan pusing2 keliling bilik. Oh anak! relaks je ko ye...heheh. Hati ibu dia sayu terus bila temankan dia masuk ke bilik operate. Bila dipasang wayar sana sini dan baring, barulah dia menangis kuat. Kalau tak, buat muka steady jer. Mungkin dia tahu, dia akan menjalani satu perkara penting di dalam hidupnya. Bila gas dah ditekup ke mulutnya, dia menangis. Lama-lama mata dia pun layu dan terus lelap. Aku diminta keluar dan menunggu di luar. Time tu aku plak yang menangis. Operation tu tak lama, dalam setengah jam je. Then, nurse bgtau yang Jehan dah sedar dan menangis. Aku masuk dan terus mengambil dia daripada kendongan misi. Jehan time tu mamai-mamai, aku peluk dan dia terus lena tidurnya. Dalam kol 11.30 pagi aku kejutkan dan susukan dia. Bila susu ok dan tak muntah, maknanya dia dah boleh discharge! Hoyeeee... Alhamdulillah..Jehan skrg dah makin sihat, kuat merajuk dan macam-macam ragam la. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memberi info tentang penyakit ini dan sokongan moral daripada anda semua. Specially thanks to Dato' Doktor Zakaria, surgeon pediatric, KPJ Shah Alam yang telah melakukan pembedahan ke atas Jehan.
RESIPI KEK PAUN OREN
11 months ago
0 comments:
Post a Comment