This is a copyrighted blog by Lieya Jais. Powered by Blogger.
RSS

H: ADAKAH WANG SIMPANAN ANDA CUKUP?

Masyarakat masa kini sering diasak dengan kata-kata “eh, simpanlah duit” atau “korang kena ada simpanan masa tua nanti”. Tetapi sebenarnya, adakah dengan  menyimpan, sudah cukup kuat untuk menampung kehidupan masa tua anda?

Berapa ramaikah kenalan anda yang cukup konsisten menyimpan wang sepanjang tahun tetapi sebenarnya masih miskin, jika tidak miskin pun, sampai bilakah wang simpanan itu boleh bertahan?
JAWAPAN PADA PERSOALAN DI ATAS IALAH: CUKUP RAMAI

Dalam era Millenia masa kini, tidak cukup sebenarnya jika anda sekadar menyimpan wang dan berharap wang tersebut akan terus bercambah dan mampu mengatasi inflasi (jika berlaku). Kuncinya disini ialah sejauhmana efektifnya anda mencambahkan wang simpanan anda, agar terus berkembang dan menjadikan kehidupan anda pada masa akan datang lebih baik dan terjamin.

Secara asasnya, ramai yang melakukan teknik simpanan yang dipanggil SISTEM JAR. Caranya ialah dengan mengasingkan wang kepada enam akaun dengan peratusan yang telah ditetapkan. Ia boleh dilakukan melalui simpanan di dalam bank atau dalam botol yang telah dilabel.

Cuba lihat peratusan yang dilakukan dalam sistem ini.

  • 55% daripada pendapatan anda diasingkan kepada NEC iaitu necessories atau lain-lain seperti sewa, makanan, petrol, bil dan sebagainya.
  • 10% untuk SIMPANAN JANGKA PANJANG atau untuk waktu-waktu kecemasan. Contoh simpanan ini seperti pembelian kereta, percutian bersama famili dan sebagainya.
  • 10% untuk HIBURAN. Jika anda seorang ahli sukan, atau suka melancong, simpanan ini perlu ada untuk menyokong aktiviti anda. Simpanan ini perlu ada kerana anda telah bekerja keras untuk mendapatkannya.
  • 10% untuk PENDIDIKAN. Tujuannya untuk kemasukan ke Institusi pengajian tinggi, pembelian buku-buku rujukan, kelas- kelas pelaburan, kelas sosmed, cara menaikkan jualan dan sebagainya.
  • 10% untuk FFA iaitu FINANCIAL FREEDOM ACCOUNT. Tabungan ini lebih kepada pelaburan yang anda salurkan dan mungkin akan menjana pasif pendapatan dalam kewangan anda.
  • 5% SEDEKAH, percayalah sekiranya kita memberi, anda akan lebih banyak menerima. Jadi, kongsilah sedikit kegembiraan yang kita peroleh itu kepada mereka yang memerlukan. Pasti ganjarannya akan lebih berlipat kali ganda.

Jadi, anda rasa wang simpanan hari ini cukup untuk hari tua anda? Fikirkan…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIPS KURUS SIHAT BERSAMA JIC

Assalamualaikum semua...

Hari ini akak nak share bagaimana cara untuk LEBIH SIHAT dan KURUS dengan mengamalkan jic. Caranya mudah sahaja uolssss...petik jari jerkkk...

Istimewanya jic ni ialah ia hadir dalam botol yg cantik! pastu tulisannya berwarna emas! comel lote plak tu...! Rasanya ummpppppp! macam air mangga! Bukan mcm jamu2 kat luar tu yg rasanya, bila korg minum nak keluar balik...huhuhu...JIC ni memang terbaik πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘.

Ok, let's kita checkout camne nak kurus dan sihat dgn jic...

PESANAN PENTING >>
Banyakkan minum air masak yang secukupnya mengikut keperluan badan anda.

TIPS  :
Selepas pengambilan Jus iChantique sewaktu pagi, terus mengambil biskut cracker 3 keping..

CARA MENGURUSKAN JADUAL MAKAN..
Waktu pagi > ambil makanan kuantiti banyak
Waktu Tengahari > ambil makanan kuantiti sederhana
Waktu malam > ambil makanan yang kuantiti sedikit..

Elakkan pengambilan ais yang terlalu kerap..
Dan elakkan pengambilan kopi/teh yang terlalu kerap..

JUS ICHANTIQUE (JIC) SLIMGRIP SESUAI UNTUK :
~ Sesuai untuk anak dara
~ Sesuai untuk orang yang dah berkahwin
~ Sesuai untuk ibu menyusu
~ Sesuai untuk ibu dalam pantang normal atau ceaser

Jomm kurus, rapat dan cantik gebus bersama jus iChantique (JiC) Slim Grip...

Kat bawah ni adalah testimoni yg sukses mengamalkan jic utk kelihatan kurus! Minum kena konsisten, kalau ala2 chispmore tu, jgn salahkan produk pula ye! 😍😍😍😍😍😍...

UTK LEBIH INFO TENTANG PRODUK INI BOLEH WASAP :

LIEYA 017-621 5816
LIEYA 017-621 5816

**** SAYA BANTU ANDA****






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jusichantique bagus untuk wanita

APA ISTIMEWANYA JIC?

JiC ni produk khusus utk wanita. Best sangat tau sbb dia bagi efek bagus utk dalaman dn luaran kita org pompuan. Dlm masa 24 jam jer  dh blh rasa efek dia. Yg best tu badan rasa fresh jer, berat badan pun dh turun tau!πŸ˜…...Buat yg bersuami, husband pun perasan tau kita dh lain. Yg pasti blh buat dia sayang lbh kat kita tauπŸ™ˆπŸ™ˆ.

Apa istimewanya Jic niπŸ€”πŸ€”πŸ€”.Ok meh nk explain... Dlm JiC ni ada 15 bahan botani dan sunnah mcm akar serapat, kacip fatimah, manjakani, kunyit, halia,aloe vera, betik, kulit pinang muda, madu, kurma habbatusauda dn bnyk lagi tau. πŸ’― selamat kita makan. Rasa dia pun sedap! tak bau langsung jamu atau herba. Tak yah nk tutup hidung bagai..sedap mcm buah mangga tuπŸ˜‹πŸ˜‹. Memang best weiiiii😘😘😘Anak dara, yg lps bersalin, yg nyusu baby pun blh minum uollss😍😍
Khasiat Hebat Produk Jus iChantique (JiC)
SLIM GRIP...

● Menguruskan lengan, peha, betis dan runcingkan muka.
● Mengempiskan perut kembali ramping.
● mengetatkan faraj menjadi seperti kembali dara...
● Membantu menyelesaikan masalah kentut vigina
● Menganjalkan payudara dan pinggul
● Membantu masalah kedutan wajah
● Memberi tenaga
● Menghilangkan bau badan
● Membantu meriahkan susu ibu
● Membantu masalah keputihan/keputihan berbau
● Membantu masalah kitaran haid
● Membantu masalah hormon tidak stabil
● Membantu masalah sengugut
● Membantu masalah cyst dan fibroid
● Membantu masalah tumit kaki merekah
● Menghaluskan kulit wajah dan badan
● Menaikkkan seri wajah
● Membantu masalah peranakan bengkak atau kembang
● Membantu mencerahkan kulit
● Membantu masalah pelawasan/Sembelit
● Membantu mencantikkan kuku dan rambut..
● Membantu memudarkan parut lama
● Membantu mengawal nafsu makan
● Melawaskan pembuangan air kecil
● Melawaskan pembuangan angin
● Membantu masalah kahak/batuk/resdung

Cara minum >>
10 ml sebelum sarapan
10 ml sebelum tidur

Untuk remaja berumur 13 hingga 17 tahun
Pengambilannya >>
5 ml sebelum sarapan
5 ml sebelum tidur

PESANAN PENTING >>
Banyakkan minum air masak yang secukupnya mengikut keperluan badan masing- masing..
















  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JUS ICHANTIQUE JADI IGAUAN

JUS ICHANTIQUE,  jus wanita moden  mempunyai pelbagai campuran herba semulajadi yang diketahui sejak dahulu lg mempunyai khasiat yang sangat berguna kepada tubuh badan WANITA di luar sana..

Setiap WANITA pasti mahukan kecantikan luaran yang diidamkan tetapi kite perlu BERINGAT bahawa kecantikkan dalaman juga amat penting untuk mendapatkan KECANTIKAN yang SEBENAR ..
.
Tak salah mencuba sesuatu produk yang sangat baik untuk kesihatan TERUTAMA PADA WANITA YANG DAH BERKAHWIN.. JUS ICHANTIQUE untuk kesihatan dalaman dan luaran 😘
.
Nak CANTIK.SIHAT DAN MAINTAIN KURUS??
.
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
http://www.wasap.my/60176215816
http://www.wasap.my/60176215816
http://www.wasap.my/60176215816

DAPAT FREE GIFT!

#jusichantique
#jusikachak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PUFF COKLAT SEGERA YUMMMYYY...

Assalamualaikum...

Tak tahu nak buat menu apa petang ini? 

Cubalah menu ringkas ini. 


            Puff Coklat YUmmyyy...
     
Bahan-bahan:
Pastri segera
Satu mangkuk hirisan coklat masakan
Satu biji telur- dipecahkan

Cara membuatnya:
1. Potong pastri segera kepada empat bahagian kecil.
2. Ambil coklat yang telah dihiris dan letakkan di atas pastri.
3. Kemudian gulung pastri tadi.
4. Kemaskan bahagian hujung pastri menggunakan garpu. Potong    
    sedikit di bahagian atas pastri tadi.
5. Sapukan sedikit telur di bahagian atas pastri. Bakar di dalam  
    ketuhar selama 30 minit atau sehingga kekuningan dan garing.

Klik... klik...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DURIAN BELANDA BLENDED

Penulis: Jamaliah Jais
Foto: MyIpad & Google

Assalamualaikum,

Hari ini cerita pasal durian belanda yang saya bawa pulang dari kampung. Korang semua kenal tak dengan durian belanda? Tak kenal? isyhhh...durian? of cos kenal bukan. Ok. Ini serba sedikit info tentang durian belanda.

Durian belanda atau nama Englishnya Soursop berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan dan kini ia telah ditanam di Asia Tenggara termasuk negara kita Malaysia. Buahnya mempunyai duri yang lembut, tidak berbau tetapi memiliki isi yang banyak dan berbiji. Nak tau macam mana rupa buah? Tu dia...

Foto: Google


Durian belanda juga dikatakan salah satu buah yang sangat berkhasiat. Antaranya ialah:-
1. Ia memberikan kesan anti tumor atau kanser yang sangat kuat.
2. I juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus dan berkesan melawan pelbagai jenis parasit dan cacing.
3. Menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress dan mengembalikan sistem saraf yang kurang baik. 

Sumber-sumber ini boleh di dapati di mana-mana blog dan laman sosial yang lain. Sejauhmanakah kebenarannya hanya Allah sahaja yang tau dan kita sebagai manusia perlulah berikhtiar dan berusaha melawan segala dugaan yang Allah beri. Ok. Tak sabar rasanya mahu memberikan anda resipi yang istimewa ini. Resipi ini saya peroleh dari blog kesukaan saya iaitu www.azlitamasammanis.com. Terima kasih kepada kak Ita dan saya kongsikan resipi di sini ye...Tq. 

          DURIAN BELANDA BLENDED

Bahan-bahan:
Satu mangkuk isi durian belanda- buang bijinya
Dua sudu susu pekat manis
Dua skop aiskrim vanila
Satu mangkuk ais- bergantung pada banyak mana ais yang anda suka.
Dua cawan air masak

Cara membuatnya:
1.       Masukkan ais ke dalam pengisar.
2.       Diikuti dengan isi durian belanda.
3.       Kemudian aiskrim vanila.
4.       Masukkan pula susu cair.
5.       Akhir sekali air masak.
6.       Kisar bahan-bahan tadi sehingga ia halus. Masukkan ke dalam cawan dan hiaskan dengan taburan coklat serta aiskrim di atasnya.


Ini gambarnya...klik klik...


Selamat mencuba ye!









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SNOW CHEESE CAKE

Penulis: Jamaliah Jais
Foto: Sendiri Amik

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya nak bercerita tentang keju. Kenapa keju? Ini disebabkan dalam peti ais di rumah sangat penuh dengan keju. Ini semua gara-gara penangan kek snow cheese cake. Alhamdulillah, pertama kali mencuba kek ini, ramai pula yang mengemarinya. Terima kasih kepada majalah RASA kerana berkongsi resipi yang ringkas ini sekali gus memberi peluang kepada saya untuk menerima tempahan daripada rakan-rakan. Oleh itu, untuk anda semua, saya kongsikan resipi yang mudah ini.

SNOW CHEESE CAKE

BAHAN-BAHAN:
Satu cawan tepung gandum
Satu cawan gula caster
Setengah cawan tepung jagung
Satu sudu esen vanila
Satu sudu teh serbuk penaik
Dua sudu besar ovellet
6 biji telur gred B (dua biji hanya ambil kuningnya sahaja)
Setengah cawan minyak jagung
50ml air sejuk (yg disimpan di dalam peti ais)

CARA MEMBUATNYA:
1. Satukan kesemua bahan tadi kecuali minyak. Pastikan semua bahan sebati, gebu dan apabila di angkat tidak jatuh.
2. Setelah adunan tadi betul2 gebu dan putih, masukkan minyak dan gaul rata. (guna spatula sahaja pun boleh)
3. Sementara itu panaskan dahulu oven.
4. Masukkan adunan tadi ke dalam bekas berukuran 8 inci. Bakar di dalam ketuhar selama 1 jam pada sulu 170 darjah Celsius. (bergantung kepada oven masing2 ye)

BAHAN UNTUK KRIM:
250gm krim keju Philadelphia
Dua sudu Whipping Cream atau 2 sudu makan susu segar
Setengah tin susu pekat manis
Sebiji lemon

Cara membuatnya:
Mudah sahaja. Campurkan ke semua bahan ini dan pastikan ia sebati serta lembut.

HIASAN: Keju Cheddar yang diparut

*Setelah kek ini masak, sapukan krim keju di atas kek tadi. Kemudian, taburkan parutan keju tadi mengikut kesukaan anda.

Selamat mencuba ye kengkawan. Berikut adalah gambar2 kek yang telah saya buat dan tempahan dari rakan-rakan...

klik klik klik...
















Sekian...






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CHEESE CAKE CRACKERS

Coretan: Lieya Jais
Foto: Google dan saya sendiri

Assalamualaikum...

Nampak tajuk kat atas tu tak? Cheeseeeeeeeee..oh cheeeseee...kerana cheese inilah hilang diet saya (cheh..walhal dia yg tak reti jaga makan). Bagaimanakah virus Cheese ini melanda dalam diri saya? jom baca kat sini...

Semuanya bermula apabila wartawan MW Mieza telah membawa pulang kek ini dari Sarawak. Setelah mencuba kek tersebut, memang terus falling in love. Tak cukup satu potong saya minta lagi. Ermmm...memang tak boleh berhenti. Tapi nikmat saya makan itu terhenti apabila diberitahu yang kek tersebut hanya terdapat di Sarawak sahaja dan bahan utamanya iaitu biskut salt cheese tu juga hanya ada di sana. WHAT???...Otak mula berfikir2, manakala tangan pula menggodek2 internet mencari resipi. Sedang kecoh2 menikmati kek tersebut, fasya fazida memberitahu wartawannya Shahiema telah membeli biskut tersebut dari Sarawak dan dia telah menunjukkan biskut tersebut kepada saya.

Inilah ruper biskut yg sedap tu...Foto sumber: Google


Oh, tidak semestinya biskut ini yang perlu diletakkan, biskut lain pun boleh tapi rasanya lain sikit la. So saya tukar dengan biskut ini.
Cheese mini crackers      Sumber foto: Google

Saya mula mencari resipi dan bahan2. Terima kasih kepada tuan empunya resipi iaitu http://skybluemelleymey.blogspot.com/. Mudah sahaja kengkawan nak membuatnya...meh tgk resipinya di sininya...

Kek Cream Cheese Cracker
Bahan-bahan:
125 gm mentega 250 gm cream cheese 1 cawan gula aising 170 gm Nestle cream ( 1 tin kecil )@ cooking cream (sy tukar kepada cooking cream) sebiji lemon
2 bungkus biskut cheese crakers Jenama Hwa Tai : ikut bentuk loyang kalau kecil kurangkan biskut..kalau besar banyak la biskutnya... 1 cawan susu segar atau susu jenis lain
Cara-cara membuatnya: 
1.Pukul gula aising dan mentega sehingga kembang dan gebu.
2.Masukkan cream cheese dan pukul lagi sehingga ringan dan gebu.
3. Masukkan cooking cream dan pukul lagi sebati. Ketepikan.
4.Panaskan susu segar sekejap dan padamkan api. Ambil sekeping cheese crackers dan celup sekejap ke dalam susu segar suam-suam panas tadi. Dan susun di dalam bekas. Buat begini pada keseluruhan permukaan bekas / loyang yang telah d alas dengan kertas minyak / aluminium foil / plastik ). 5. Setelah itu, lapis permukaan biskut dengan adunan cream cheese tadi dan ratakan.
6. Ulangi proses No.4 dan No.5.. Untuk ketebalan adunan cream cheese dan seberapa banyak lapisan biskut yang dibuat, terpulanglah kepada citarasa masing-masing. Pastikan adunan cream cheese merupakan lapisan terakhir.
7. Akhir sekali taburkan dengan serbuk biskut yang telah di kisar atau diramas-ramas dan ditapis atau apa sahaja hiasan yang anda suka, coklat, strawberi, dan sebagainya. Ikut kesukaan anda. Sebelum kek dimasukkan ke dalam peti sejuk tutup adunan kek dengan aluminium foil supaya air tidak masuk ke dlm adunan tersebut. simpan selama 6 jam atau semalaman.

Selamat mencuba ye kengkawan. Setelah saya membuatnya, ada juga rakan-rakan yang telah menempah kek ini. Alhamdulillah. Inilah kek yang saya hasilkan...klik klik...

Inilah hasil cubaan pertama saya...
Tempahan drpd Kak Eizan Ariffin 


Sempena open house rumahku...
Yang ini pula untuk jualan...tabuaran coklat di atasnya sgt mengiurkan...

-END- @lieya Jais

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makan-makan di Maidah Cuisine

Coretan: Lieya Jais

Alhamdulillah, semalam meeting berlangsung dengan jayanya. Insya-Allah semua aktiviti yang dirancang akan berjalan pada tarikh yang ditetapkan. Nak tahu apa aktivitinya, kenalah tungguuu. (rahsia la sangat!). Rezeki kami juga murah semalam sebab dapat menjamu selera di Restoran Maidah Cuisine yang terletak di Putra Height, Subang Jaya.

kredit gambar: google


Uniknya nama Maidah ini diambil daripada al-Qurah iaitu Surah Al-Maidah yang bermaksud hidangan. Restoran ini sekali imbas kelihatan seperti Secret Recipe, dengan paparan gambar makanan yang besar sudah pasti ia membuatkan kita teruja untuk mencuba makanannya. Ada western, asia, dan macam-macam lagilah. Sempat juga berkenalan dengan Chef di sini iaitu Chef Naqiuddin atau nama glamernya Chef Naq. Chef turut bercerita serba sedikit tentang menu di sini dan konsep yang istimewa ialah 'Maidah Grab N Go'. Maidah Grab n Go ini sesuai untuk wanita-wanita bekerja dan tidak sempat memasak, beli dan terus bawak balik rumah tanpa perlu menunggu lama. Menunya pula sentiasa berubah-ubah. Cara nak tahu promosi ini dijalankan? Anda hanya perlu LIKE FB http://facebook.com/MaidahCuisine. Mereka akan umumkan melalui Facebook. Jadi, siapa cepat dia yang dapat! lambat...gigit jarilah. Khabarnya Fresh Bakes Lasagna Chef Naq sangat sedap! Kena tunggu dan cuba ni...
Inilah rupa Fresh Bakes Lasagna yang dikatakan sedap tu...
Kredit gambar: FB Maidah Cuisine

Ermm..perut pun dah lapar, Saya, Roza dan Aza terus memesan special dish kat sini iaitu Char Kuey Teow, Roasted Chicken Morocco dan Nasi Goreng Maidah. Air biasa-biasa saja. So kalau nak tahu keistimewaan tempat ini boleh juga layari http://maidah-cuisine.com. Kami dah lapar..jom tengok gambar makanan yang sempat saya rakamkan ini..klik..klik...

Signature Cake Chef Naq: Peanut Butter & Chocolate Bar

Nasi goreng Maidah

Roasted Chicken Morocc


-END-



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

REHAT MINDA DI LEMBAH TEMIR

Penulis: Lieya Jais

Assalamualaikum semua...

Pada 22 September 2013 saya mendapat pengalaman baru. Pergi ke sebuah lembah yang dikhabarkan memiliki sebuah air terjun yang sangat cantik. Kalau tidak kerana Kelab Kereta Alfa Romeo Malaysia (AROCM), saya dan keluarga belum tentu sampai ke sini. Setelah diberitahu oleh suami yang kami sekeluarga akan pergi ke sebuah lokasi percutian, saya teruja ingin mengetahui lokasi dan keistimewaan tempat tersebut. Setelah membaca blog dan facebook berkenaan tempat ini, saya bertambah seronok kerana di sana ada DURIAN MUSANG KING dan AIR TERJUN...weehuuu...nak tahu lebih lanjut tentang lokasi ini bolehlah pergi ke sini https://www.facebook.com/temirvalleymalaysia‎

Jam 9.00 pagi kami bergerak dari check point iaitu dari Cinta Mall, Kelana Jaya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 setengah jam ke sana. Sepanjang perjalanan menuju ke sana, panorama yang dapat anda lihat ialah kebun getah dan kelapa sawit. Jalan untuk memasuki kawasan lembah itu sangat mencabar, apatah lagi dengan menaiki sebuah Alfa Romeo 155, banyak lopak yang perlu dielak. Perlu berhati-hati jika berselisih kereta, menelusuri jambatan dan sebagainya barulah anda tiba ke destinasi.

Konvoi kereta beratur tunggu turn..yang itam tu kete laki teman...kredit gambar to: Amireza Mohd Khalid

Lokasi yang jauh daripada hiruk pikuk kota memang mendamaikan. Kami di sambut oleh pemilik resort dan menikmati keindahan tempat tersebut. Namun agak menyedihkan kerana ketika kami ke sana, kerja-kerja renovation sedang dilakukan. Menurut pemiliknya,  resort ini akan berwajah baru selepas hari raya haji. Kawasan ini sangat luas dan saya sekadar mampu pergi ke kawasan air terjun. Maklumlah, bawa Jehan yang masih kecil, risau juga mahu berjalan-jalan ke dalam hutan. Dan malang juga kerana musim durian dah habis...uhukkk...tak merasa la musang king Raub..huhuhu

Dah sampai...Kredit gambar to: Amireza Mohd Khalid

Keletihan saya hilang tatkala menatap air terjun yang ada di sana. Memang cantik, airnya bersih, dan tidak tercemar. Johan dan suami saya terus menukar baju dan mandi. Saya pula, naluri nak mandi tu ada, tetapi memandangkan ramai lelaki2 jadi saya batalkan niat tersebut dan hanya menjadi pemerhati sambil menikmati keindahan alam. Amat mendamaikan. Mendengar pancuran air terjun, kicauan burung, hilang segala penat lelah. Ohhh...seronoknya kalau hari-hari begini...(berangan je la..karang tak berasap dapur..sekadar angan-angan)

View air terjun dari bawah..nice!



Aliran air terjun ke bawah....
Salah satu chalet yang ada di sini...amacam ada beran?

Setelah puas mandi-manda, rombongan kami dihidangkan dengan jamuan makan tengahari yang enak sekali. Dua kali tambah, hilang diet! Ahli-ahli konvoi duduk berkumpul dan berbual-bual perihal kereta, saya seperti biasa, main kejar-kejar dengan Jehan yang asyik berjalan saja..(letih main kejar-kejar ngan kecik ini). Bukan apa, tempat masih renovate, banyak simen dan paku2 berselerakan, kalau jatuh dan luka, susah pula. Jauh nak bawa ke klinik. Lebih kurang jam 3. 00 petang, kami semua bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Sampai sahaja di Bentong, ahli konvoi berpisah dan membawa haluan masing-masing. Jadi, sesiapa yang suka suasana hutan dan santai, boleh la ke sini. Boleh tidur di sini kerana ada chalet disediakan. Chalet pun sebelah air terjun saja. Pasti seronok apabila malam anda di temani dengan bunyi pancuran air terjun...Jom lihat beberapa keping gambar yang sempat saya snap...klik..klik...

Sebelum ke Lembah Temir, sempat lagi husband membeli buah nangka madu...banyak di tepi jalan sepanjang ke Raub.
Inilah rupa nangka madu...manis sgt!


Time nilah nak manja dengan dd ye Jehan...


Rupanya boleh mandi di sini...ingat kolam ikan...huhuhu

Air terjun dari atas akan mengalir ke kolam ini..

Bila tiga beranak bermandi-manda...

Boleh tahan sejuk di kecik tu ye...

Happy Family..Insya-Allah...

Berlatar belakang air terjun..abaikan muka saya yang keletihan..huhu
Dapat main-main sikit pun jadik la...


_END_




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS