This is a copyrighted blog by Lieya Jais. Powered by Blogger.
RSS

REHAT MINDA DI LEMBAH TEMIR

Penulis: Lieya Jais

Assalamualaikum semua...

Pada 22 September 2013 saya mendapat pengalaman baru. Pergi ke sebuah lembah yang dikhabarkan memiliki sebuah air terjun yang sangat cantik. Kalau tidak kerana Kelab Kereta Alfa Romeo Malaysia (AROCM), saya dan keluarga belum tentu sampai ke sini. Setelah diberitahu oleh suami yang kami sekeluarga akan pergi ke sebuah lokasi percutian, saya teruja ingin mengetahui lokasi dan keistimewaan tempat tersebut. Setelah membaca blog dan facebook berkenaan tempat ini, saya bertambah seronok kerana di sana ada DURIAN MUSANG KING dan AIR TERJUN...weehuuu...nak tahu lebih lanjut tentang lokasi ini bolehlah pergi ke sini https://www.facebook.com/temirvalleymalaysia‎

Jam 9.00 pagi kami bergerak dari check point iaitu dari Cinta Mall, Kelana Jaya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 setengah jam ke sana. Sepanjang perjalanan menuju ke sana, panorama yang dapat anda lihat ialah kebun getah dan kelapa sawit. Jalan untuk memasuki kawasan lembah itu sangat mencabar, apatah lagi dengan menaiki sebuah Alfa Romeo 155, banyak lopak yang perlu dielak. Perlu berhati-hati jika berselisih kereta, menelusuri jambatan dan sebagainya barulah anda tiba ke destinasi.

Konvoi kereta beratur tunggu turn..yang itam tu kete laki teman...kredit gambar to: Amireza Mohd Khalid

Lokasi yang jauh daripada hiruk pikuk kota memang mendamaikan. Kami di sambut oleh pemilik resort dan menikmati keindahan tempat tersebut. Namun agak menyedihkan kerana ketika kami ke sana, kerja-kerja renovation sedang dilakukan. Menurut pemiliknya,  resort ini akan berwajah baru selepas hari raya haji. Kawasan ini sangat luas dan saya sekadar mampu pergi ke kawasan air terjun. Maklumlah, bawa Jehan yang masih kecil, risau juga mahu berjalan-jalan ke dalam hutan. Dan malang juga kerana musim durian dah habis...uhukkk...tak merasa la musang king Raub..huhuhu

Dah sampai...Kredit gambar to: Amireza Mohd Khalid

Keletihan saya hilang tatkala menatap air terjun yang ada di sana. Memang cantik, airnya bersih, dan tidak tercemar. Johan dan suami saya terus menukar baju dan mandi. Saya pula, naluri nak mandi tu ada, tetapi memandangkan ramai lelaki2 jadi saya batalkan niat tersebut dan hanya menjadi pemerhati sambil menikmati keindahan alam. Amat mendamaikan. Mendengar pancuran air terjun, kicauan burung, hilang segala penat lelah. Ohhh...seronoknya kalau hari-hari begini...(berangan je la..karang tak berasap dapur..sekadar angan-angan)

View air terjun dari bawah..nice!



Aliran air terjun ke bawah....
Salah satu chalet yang ada di sini...amacam ada beran?

Setelah puas mandi-manda, rombongan kami dihidangkan dengan jamuan makan tengahari yang enak sekali. Dua kali tambah, hilang diet! Ahli-ahli konvoi duduk berkumpul dan berbual-bual perihal kereta, saya seperti biasa, main kejar-kejar dengan Jehan yang asyik berjalan saja..(letih main kejar-kejar ngan kecik ini). Bukan apa, tempat masih renovate, banyak simen dan paku2 berselerakan, kalau jatuh dan luka, susah pula. Jauh nak bawa ke klinik. Lebih kurang jam 3. 00 petang, kami semua bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Sampai sahaja di Bentong, ahli konvoi berpisah dan membawa haluan masing-masing. Jadi, sesiapa yang suka suasana hutan dan santai, boleh la ke sini. Boleh tidur di sini kerana ada chalet disediakan. Chalet pun sebelah air terjun saja. Pasti seronok apabila malam anda di temani dengan bunyi pancuran air terjun...Jom lihat beberapa keping gambar yang sempat saya snap...klik..klik...

Sebelum ke Lembah Temir, sempat lagi husband membeli buah nangka madu...banyak di tepi jalan sepanjang ke Raub.
Inilah rupa nangka madu...manis sgt!


Time nilah nak manja dengan dd ye Jehan...


Rupanya boleh mandi di sini...ingat kolam ikan...huhuhu

Air terjun dari atas akan mengalir ke kolam ini..

Bila tiga beranak bermandi-manda...

Boleh tahan sejuk di kecik tu ye...

Happy Family..Insya-Allah...

Berlatar belakang air terjun..abaikan muka saya yang keletihan..huhu
Dapat main-main sikit pun jadik la...


_END_




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Naroswati Naib said...

Salam. Ada mall baru kat Kelana Jaya ke? Cinta Mall. Yang aku tau Citta Mall, Ara Damansara.

Lieya Jais said...

Wsalam...hahaha...salah tulis la kak...baru perasan citta mall..first time pegi situ kak...huhuhu...

Post a Comment