This is a copyrighted blog by Lieya Jais. Powered by Blogger.
RSS

H: ADAKAH WANG SIMPANAN ANDA CUKUP?

Masyarakat masa kini sering diasak dengan kata-kata “eh, simpanlah duit” atau “korang kena ada simpanan masa tua nanti”. Tetapi sebenarnya, adakah dengan  menyimpan, sudah cukup kuat untuk menampung kehidupan masa tua anda?

Berapa ramaikah kenalan anda yang cukup konsisten menyimpan wang sepanjang tahun tetapi sebenarnya masih miskin, jika tidak miskin pun, sampai bilakah wang simpanan itu boleh bertahan?
JAWAPAN PADA PERSOALAN DI ATAS IALAH: CUKUP RAMAI

Dalam era Millenia masa kini, tidak cukup sebenarnya jika anda sekadar menyimpan wang dan berharap wang tersebut akan terus bercambah dan mampu mengatasi inflasi (jika berlaku). Kuncinya disini ialah sejauhmana efektifnya anda mencambahkan wang simpanan anda, agar terus berkembang dan menjadikan kehidupan anda pada masa akan datang lebih baik dan terjamin.

Secara asasnya, ramai yang melakukan teknik simpanan yang dipanggil SISTEM JAR. Caranya ialah dengan mengasingkan wang kepada enam akaun dengan peratusan yang telah ditetapkan. Ia boleh dilakukan melalui simpanan di dalam bank atau dalam botol yang telah dilabel.

Cuba lihat peratusan yang dilakukan dalam sistem ini.

  • 55% daripada pendapatan anda diasingkan kepada NEC iaitu necessories atau lain-lain seperti sewa, makanan, petrol, bil dan sebagainya.
  • 10% untuk SIMPANAN JANGKA PANJANG atau untuk waktu-waktu kecemasan. Contoh simpanan ini seperti pembelian kereta, percutian bersama famili dan sebagainya.
  • 10% untuk HIBURAN. Jika anda seorang ahli sukan, atau suka melancong, simpanan ini perlu ada untuk menyokong aktiviti anda. Simpanan ini perlu ada kerana anda telah bekerja keras untuk mendapatkannya.
  • 10% untuk PENDIDIKAN. Tujuannya untuk kemasukan ke Institusi pengajian tinggi, pembelian buku-buku rujukan, kelas- kelas pelaburan, kelas sosmed, cara menaikkan jualan dan sebagainya.
  • 10% untuk FFA iaitu FINANCIAL FREEDOM ACCOUNT. Tabungan ini lebih kepada pelaburan yang anda salurkan dan mungkin akan menjana pasif pendapatan dalam kewangan anda.
  • 5% SEDEKAH, percayalah sekiranya kita memberi, anda akan lebih banyak menerima. Jadi, kongsilah sedikit kegembiraan yang kita peroleh itu kepada mereka yang memerlukan. Pasti ganjarannya akan lebih berlipat kali ganda.

Jadi, anda rasa wang simpanan hari ini cukup untuk hari tua anda? Fikirkan…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS