This is a copyrighted blog by Lieya Jais. Powered by Blogger.
RSS

DURIAN BELANDA BLENDED

Penulis: Jamaliah Jais
Foto: MyIpad & Google

Assalamualaikum,

Hari ini cerita pasal durian belanda yang saya bawa pulang dari kampung. Korang semua kenal tak dengan durian belanda? Tak kenal? isyhhh...durian? of cos kenal bukan. Ok. Ini serba sedikit info tentang durian belanda.

Durian belanda atau nama Englishnya Soursop berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan dan kini ia telah ditanam di Asia Tenggara termasuk negara kita Malaysia. Buahnya mempunyai duri yang lembut, tidak berbau tetapi memiliki isi yang banyak dan berbiji. Nak tau macam mana rupa buah? Tu dia...

Foto: Google


Durian belanda juga dikatakan salah satu buah yang sangat berkhasiat. Antaranya ialah:-
1. Ia memberikan kesan anti tumor atau kanser yang sangat kuat.
2. I juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus dan berkesan melawan pelbagai jenis parasit dan cacing.
3. Menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress dan mengembalikan sistem saraf yang kurang baik. 

Sumber-sumber ini boleh di dapati di mana-mana blog dan laman sosial yang lain. Sejauhmanakah kebenarannya hanya Allah sahaja yang tau dan kita sebagai manusia perlulah berikhtiar dan berusaha melawan segala dugaan yang Allah beri. Ok. Tak sabar rasanya mahu memberikan anda resipi yang istimewa ini. Resipi ini saya peroleh dari blog kesukaan saya iaitu www.azlitamasammanis.com. Terima kasih kepada kak Ita dan saya kongsikan resipi di sini ye...Tq. 

          DURIAN BELANDA BLENDED

Bahan-bahan:
Satu mangkuk isi durian belanda- buang bijinya
Dua sudu susu pekat manis
Dua skop aiskrim vanila
Satu mangkuk ais- bergantung pada banyak mana ais yang anda suka.
Dua cawan air masak

Cara membuatnya:
1.       Masukkan ais ke dalam pengisar.
2.       Diikuti dengan isi durian belanda.
3.       Kemudian aiskrim vanila.
4.       Masukkan pula susu cair.
5.       Akhir sekali air masak.
6.       Kisar bahan-bahan tadi sehingga ia halus. Masukkan ke dalam cawan dan hiaskan dengan taburan coklat serta aiskrim di atasnya.


Ini gambarnya...klik klik...


Selamat mencuba ye!









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment