This is a copyrighted blog by Lieya Jais. Powered by Blogger.
RSS

SNOW CHEESE CAKE

Penulis: Jamaliah Jais
Foto: Sendiri Amik

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya nak bercerita tentang keju. Kenapa keju? Ini disebabkan dalam peti ais di rumah sangat penuh dengan keju. Ini semua gara-gara penangan kek snow cheese cake. Alhamdulillah, pertama kali mencuba kek ini, ramai pula yang mengemarinya. Terima kasih kepada majalah RASA kerana berkongsi resipi yang ringkas ini sekali gus memberi peluang kepada saya untuk menerima tempahan daripada rakan-rakan. Oleh itu, untuk anda semua, saya kongsikan resipi yang mudah ini.

SNOW CHEESE CAKE

BAHAN-BAHAN:
Satu cawan tepung gandum
Satu cawan gula caster
Setengah cawan tepung jagung
Satu sudu esen vanila
Satu sudu teh serbuk penaik
Dua sudu besar ovellet
6 biji telur gred B (dua biji hanya ambil kuningnya sahaja)
Setengah cawan minyak jagung
50ml air sejuk (yg disimpan di dalam peti ais)

CARA MEMBUATNYA:
1. Satukan kesemua bahan tadi kecuali minyak. Pastikan semua bahan sebati, gebu dan apabila di angkat tidak jatuh.
2. Setelah adunan tadi betul2 gebu dan putih, masukkan minyak dan gaul rata. (guna spatula sahaja pun boleh)
3. Sementara itu panaskan dahulu oven.
4. Masukkan adunan tadi ke dalam bekas berukuran 8 inci. Bakar di dalam ketuhar selama 1 jam pada sulu 170 darjah Celsius. (bergantung kepada oven masing2 ye)

BAHAN UNTUK KRIM:
250gm krim keju Philadelphia
Dua sudu Whipping Cream atau 2 sudu makan susu segar
Setengah tin susu pekat manis
Sebiji lemon

Cara membuatnya:
Mudah sahaja. Campurkan ke semua bahan ini dan pastikan ia sebati serta lembut.

HIASAN: Keju Cheddar yang diparut

*Setelah kek ini masak, sapukan krim keju di atas kek tadi. Kemudian, taburkan parutan keju tadi mengikut kesukaan anda.

Selamat mencuba ye kengkawan. Berikut adalah gambar2 kek yang telah saya buat dan tempahan dari rakan-rakan...

klik klik klik...
















Sekian...






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS