This is a copyrighted blog by Lieya Jais. Powered by Blogger.
RSS

Makan-makan di Maidah Cuisine

Coretan: Lieya Jais

Alhamdulillah, semalam meeting berlangsung dengan jayanya. Insya-Allah semua aktiviti yang dirancang akan berjalan pada tarikh yang ditetapkan. Nak tahu apa aktivitinya, kenalah tungguuu. (rahsia la sangat!). Rezeki kami juga murah semalam sebab dapat menjamu selera di Restoran Maidah Cuisine yang terletak di Putra Height, Subang Jaya.

kredit gambar: google


Uniknya nama Maidah ini diambil daripada al-Qurah iaitu Surah Al-Maidah yang bermaksud hidangan. Restoran ini sekali imbas kelihatan seperti Secret Recipe, dengan paparan gambar makanan yang besar sudah pasti ia membuatkan kita teruja untuk mencuba makanannya. Ada western, asia, dan macam-macam lagilah. Sempat juga berkenalan dengan Chef di sini iaitu Chef Naqiuddin atau nama glamernya Chef Naq. Chef turut bercerita serba sedikit tentang menu di sini dan konsep yang istimewa ialah 'Maidah Grab N Go'. Maidah Grab n Go ini sesuai untuk wanita-wanita bekerja dan tidak sempat memasak, beli dan terus bawak balik rumah tanpa perlu menunggu lama. Menunya pula sentiasa berubah-ubah. Cara nak tahu promosi ini dijalankan? Anda hanya perlu LIKE FB http://facebook.com/MaidahCuisine. Mereka akan umumkan melalui Facebook. Jadi, siapa cepat dia yang dapat! lambat...gigit jarilah. Khabarnya Fresh Bakes Lasagna Chef Naq sangat sedap! Kena tunggu dan cuba ni...
Inilah rupa Fresh Bakes Lasagna yang dikatakan sedap tu...
Kredit gambar: FB Maidah Cuisine

Ermm..perut pun dah lapar, Saya, Roza dan Aza terus memesan special dish kat sini iaitu Char Kuey Teow, Roasted Chicken Morocco dan Nasi Goreng Maidah. Air biasa-biasa saja. So kalau nak tahu keistimewaan tempat ini boleh juga layari http://maidah-cuisine.com. Kami dah lapar..jom tengok gambar makanan yang sempat saya rakamkan ini..klik..klik...

Signature Cake Chef Naq: Peanut Butter & Chocolate Bar

Nasi goreng Maidah

Roasted Chicken Morocc


-END-



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

AnsarComp said...

Thank you for your support and please come again.

We highlight your blog at our Maidah Cuisine Facebook page.

https://www.facebook.com/MaidahCuisine

Post a Comment